salam...
hari yang agak penat. bermula dengan bangun semayang subug, pastu iron baju n then masak telur utk bekfas. baru je siap masak, tukang urut dah sampai...terus x sempat makan. siap je berurut, bergegas ke rumah mertua kerana ade kenduri akikah anak sedare. boleh tahan ramai gak la tetamu yang datang. ada yang kenal, ramai yang x kenal. hehe...maklum lerr jarang2 balik. xper...low profile punye menantu. haha.....
dalam kul 3 lebih tadi, rombongan KELVoC sampai, gamat jugak la umah ngn celoteh diaorang. dah bergosip, bersembang...diaorang nak teruskan ngan plan ke pantai sri tujuh. minta kita ikut sama. x sampai hati nak tinggalkan majlis. tapi, bile mr hubby yang beria ajak...aku ok jer. so, kami pun berkonvoi ke pantai sri tujuh dalam 17 buah vios dan 1 hilux. agak meriah. sepaanjang jalan orang duk tengok.
sesampai kat sana...ujan turun rintik2. sempat la bergambar sekeping dua dan juga ada taklimat ringkas dari naib setiausaha kelvoc. oppsss...lupe lak, kelvoc tu stand for Kelantan vios owners' club. pastu gerak ke pantai geting. sempat ler jugak bergambar. pastu semayang asar kat pantai sri tujuh. sempat la tengok ade bomba datang nak selamatkan orang lemas kot. patut la ramai orang kat tepi pantai tadi. kesian....saper la suh mandi time tengkujuh n air tengah pasang tadi. ape nak buat....
lepas tu kitaorang minta izin nak balik umah sebab majlis masih berjalan. now, dah balik umah my mum. so tired....lau boleh nak tido je nih. tapi kena tunggu mr hubby balik baru leh balik umah sendiri. penatnye......
No comments:
Post a Comment